Cari, Download, Beres!

[Download PDF] Kitab Risalatul Jami'ah + Terjemahan



Sebuah karya ulama yang ingin dikongsi bersama pembaca kali ialah sebuah kitab yang berjudul “ al-Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah ”. Kitab ini merupakan karya al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin Zain bin ‘Alawi bin Ahmad al-Habsyi (1069-1145H), seorang tokoh ulama terkenal mazhab Syafi’i dari Hadhramaut, Yaman.  
Dalam kitab “ Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah” ini diterangkan secara ringkas mengenai tiga bidang utama dalam agama, iaitu akidah, fiqh dan tasauf. Namun begitu, perbahasan utama yang diterangkan dalam kitab ini adalah mengenai bidang fiqh mengikut mazhab Syafi’i, yang berkaitan dengan fiqh ibadat, iaitu solat, zakat, puasa dan haji. Penerangan tentang ibadat solat lebih terperinci berbanding ibadat yang lain.
Kitab ini telah menjadi teks pengajian  dan rujukan para ulama dan pelajar di kebanyakan  peusat pengajian Islam, sekolah dan pondok di Hadramaut dan  lainnya  seperti Zabid, Tihamah Yaman,  Mekah, Madinah, Indonesia, Malaysia, Mesir, Afrika Selatan, Kenya, Uganda dan Algeria. Kitab ini telah dicetak dengan cetakan yang pelbagai di Mesir, Arab Saudi, Yaman, Indonesia dll. 
Labels: Format PDF, Kitab Digital, Kitab Fiqih, Terjemahan Kitab

Thanks for reading [Download PDF] Kitab Risalatul Jami'ah + Terjemahan. Please share...!

0 Comment for "[Download PDF] Kitab Risalatul Jami'ah + Terjemahan"

Back To Top